Ujian dan kehidupan............
Ianya sinonim dalam kita menjalani kehidupan seharian...... Bergantung pula kepada persepsi kita yang menerima ujian tersebut..... Ada yang menyatakan ia adalah musibah, malapetaka, dugaan @ pelbagai lagi....
Datangnya pula dalam pelbagai bentuk..... mungkin dari saudara mara, pekerjaan, sahabat handai, harta benda, anak2 dan pelbagai lagi......
Menurut ceramah yang disampaikan oleh ustaz, katanya beza malapetaka dengan ujian ialah... malapetaka lebih berbentuk negatif, manakala ujian pula adalah sebaliknya. Apapun apabila perkara2 ini berlaku atau ditimpakan kepada kita... seharusnya kita merenung sejenak, toleh ke belakang apa yang telah kita lakukan atau dengan kata lain kita sama2 bermuhasabah diri. Mengingati kembali apa yang telah kita lakukan, adakah ada sesuatu perlakuan kita yang menyalahi atau dimurkai oleh Yang Maha Esa? Bangunlah solat taubat, semoga Allah mengampuni kita semua.... Dan jika apa yang menimpa anda itu adalah ujian........ bersabarlah..... kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar. Sesungguhnya Allah tidak menimpakan sesuatu yang kita tidak mampu hadapinya....... Hadapilah dengan sabar kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik segala kejadian yang menimpa kita..... Semoga kita menemui Cinta Abadi..........
Dariku di Renek
Saturday, 26 November 2011
Wednesday, 16 November 2011
Untuk Tatapan Calon STPM 2011
PROSEDUR MENGISI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA SECARA ONLINE SESI
AKADEMIK 2012/2013 BAGI CALON LEPASAN STPM 2011.
|
BIL
|
TARIKH
|
TINDAKAN
|
CATATAN
|
|
1.
|
Januari 2012 – keputusan STPM diumumkan
|
Sila ambil no unik id di Bilik Kaunseling
|
|
|
2.
|
09/01/2012 – 02/04/2012
|
Pengisian di upu.mohe.gov.my
|
Menggunakan no unik id
|
|
3.
|
Keputusan STPM diumumkan
|
Kemaskini borang permohonan dengan mengisi 8 pilihan universiti di upu.mohe.gov.my
|
Menggunakan Keputusan STPM
*setelah mengisi -hanya
dibenarkan 3 kali kemaskini
|
|
4.
|
02/04/2012
|
Tarikh tutup kemaskini dan penghantaran borang.
|
|
*sebarang masalah sila layari facebook ubk seiring atau hubungi Cg Na @ Cg T
Monday, 14 November 2011
Buat Calon SPM 2011
PROSEDUR MENGISI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/TEVT/ILKA
SECARA ONLINE SESI AKADEMIK 2012/2013 BAGI CALON LEPASAN SPM 2011.
* Sebarang masalah sila hubungi guru-guru B&K anda..........
BIL
|
TARIKH
|
TINDAKAN
|
CATATAN
|
1.
|
15/11/2011 – 31/12/2011
|
Pengisian Fasa 1 di upu.mohe.gov.my
|
Tidak perlu menggunakan no unik
id.
|
2.
|
Januari 2012 – keputusan SPM diumumkan
|
Sila ambil no unik id di Bilik Kaunseling
|
|
3.
|
09/01/2012 – 02/04/2012
|
Pengisian Fasa 2 di upu.mohe.gov.my
|
Menggunakan no unik id
|
4.
|
Keputusan SPM diumumkan
|
Kemaskini borang permohonan dengan mengisi 8 pilihan universiti dan 5
pilihan aliran kemahiran di upu.mohe.gov.my
|
Menggunakan Keputusan SPM
|
5.
|
02/04/2012
|
Tarikh tutup kemaskini dan penghantaran borang.
|
|
Tuesday, 11 October 2011
Kata-kata Ibu Bapa adalah DOA.....
Seorang bapa meluahkan perasaan kepada rakannya........
"Aku dah tak boleh sabar lagi Lan... dah lama aku sabar, sekolah dia buat hal....kat kampung pun sama.....di rumah pun sama...!!!!" kata bapa itu lagi.
"Aku dah patah hati dan kecewa dengan sikap anak aku......, dah beberapa kali aku ke sekolah kerana masalah yang dia timbulkan! aku dah malu! malu! "
Jawab rakannya....."Sabarla Mil, kau kena banyak sabar.... budak-budak biasalah nakal...." "Aku dah tak boleh sabar lagi Lan... dah lama aku sabar, sekolah dia buat hal....kat kampung pun sama.....di rumah pun sama...!!!!" kata bapa itu lagi.
"Mil, anak-anak itu adalah anugerah dan amanah dari Allah untuk kita, kita kena banyak menyayangi dia, selain itu, bersabar dan banyak-banyaklah berdoa..... jangan putus asa... Insya-Allah Allah akan keluarkan kau dari segala masalah ini..."
"Sabar! Sabar! Sabar!....aku dah penat sabar!...Kau cakap sedaplah...tak kena kat kau..... aku pikir tu bukan anak aku...tapi anak syaitan...!!!!@@@@@"
"Astaghfirullahal'azim........ mengucap Mil,........kalau kau kata anak kau ni anak syaitan....jadi kau ni saper?....."
Monday, 10 October 2011
Tips Untuk Ibu Bapa...
Waspada dengan gadjet anak-anak kita!!!
Ibu, Bapa, Abang, Kakak ...........Sesekali buat 'spot check' terhadap telefon bimbit dan note book anak-anak anda. Mana tahu tindakan anda membuat spot check akan membuatkan anda mengetahui kegiatan rahsia anak-anak anda selama ini. bukan apa...bukan untuk mengesyaki perkara negatif....tetapi... remaja sekarang ramai yang terlibat dengan menyimpan dan mengedarkan rakaman video lucah. Adakalanya anak-anak ini langsung tidak dapat dijangka dari raut wajahnya yang tidak berdosa.... Bayangkan jika anak-anak kita menonton rakaman yang 'hitam' itu setiap hari...agaknya apa yang akan terjadi kepada pemikiran mereka (peringkat awalnya)...tentu rosak bukan.... apatah lagi jika kita terlalai dan dia akhirnya terjebak dengan perkara-perkara yang merosakkan dirinya (nauzubillah.....)
oleh itu.... Waspadalah para ibu/ bapa/ abang/ kakak..... keprihatinan anda terhadap mereka pada hari ini akan menyelamatkan maruah dan moral anak-anak masa depan....
Monday, 27 June 2011
Isra' Dan Mikraj...........
Hari ini bertempat di Dewan Munsyi SMK Seri Nering telah diadakan Ceramah sempena Isra' dan Mikraj....
pelajar-pelajar begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz ......(ntahla.... namanya disebut kurang jelas). tapi Ustaz ni pernah datang dahh hari tu...
Ceramah yang disampaikan amat menarik perhatian pelajar dan guru, ini kerana setiap pelajar tidak lekang matanya dari melihat Ustaz dan Ustaz ni memang pandai tarik perhatian pelajar dengan corak penyampaian yang lucu. Pelajar dan guru tak kering gusi mendengar ceramah ustaz dan dalam masa yang sama apa yang disampaikannya 'sampai' kepada pelajar...
Buktinya.......selesai ceramah, bila diajukan kuiz...ramai pelajar yang angkat tangan cuba menjawab.,... tahniah atas penganjuran ceramah ini kepada Unit Dakwah SMKSN....

Sunday, 26 June 2011
Apa Yang Penting Kerjasama....
Teringat cerita Wonderpets......
cerita yang agak ringkas dan mendapat perhatian kanak-kanak.....
remaja pun suka...... bagi hilangkan mengantuk pelajar.... mereka seronok sekali jika diselang seli dengan cerita-cerita yang menjadi hiburan @ untuk energize sekejap.....
Program Hari Kerjaya Dalam Bidang Sains Kesihatan telah pun berlangsung dengan jayanya...... pada 21 Jun yang lalu...... Berdebar juga menanti tarikh tersebut...... takutkan macam-macam hal yang mungkin berlalu..... tapi semuanya berjalan lancar... semuanya berkat KERJASAMA semua kauselor yang terus-menerus bekerja walaupun keletihan terpancar di wajah masing-masing. Ada yang terus demam keesokan harinya...ada yang hari ni masih lagi tidak sihat... apa taknya.... semua kerja kami buat....susun kerusi, meja, masa program plak siap jadi penyambut tetamu dan waiter pun ader....Tahniah dan teruskan usaha...... terima kasih semua!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)