Saturday, 30 April 2011

Elephantidae di Lebuhraya Timur Barat

Elephantidae......sebahagian daripada ekosistem

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Jerteh melalui Lebuhraya Timur Barat kami berpeluang menyaksikan kelibat Sang Gajah berhampiran dengan Tasik Banding di Perak Darul Ridzuan. Tak silap saya ia dekat dengan tempat untuk membawa balak keluar dari kawasan pembalakan.
Pengalaman itu bukanlah yang pertama bagi kami sekeluarga tetapi ia adalah yang pertama buat adik ipar saya. Beliau sempat merakamkan kehadiran gajah tersebut pada 18.03.2011 jam 1.02p.m. Pada waktu itu, Sang Gajah sedang makan sejenis tumbuhan betul-betul di tepi jalan.
Pada tahun 2010 kami pernah terserempak dengan sekumpulan gajah pada kira-kira jam 7.15p.m di lokasi berhampiran dengan kawasan R&R Sungai Lebey, Grik. Itu adalah pengalaman yang pertama dalam hidup kami. Panik pun ada sebab dah gelap waktu tu. Masa tu semua peringkat umur Sang Gajah ada.....Yang besar ada...yang kecil pun ada. Semua berjalan betul-betul bersebelahan dengan kereta Wira kami. Kejadian ini mungkin terjadi secara kebetulan di mana anak sulung kami menyebut secara sponta perkataan GAJAH setelah beliau terlihat papan tanda amaran Sang Gajah...."Tak payah sebut" pesan kami kami kepada puteri sulung kami Amanina.....
Suka saya berkongsi sedikit tips apabila anda terserempak dengan gajah. Label di tepi lebuhraya tu ada disediakan oleh pihak Perhilitan tetapi kita kadang-kadang tak sempat nak baca. Jadi, apa yang penting jika anda diberi peluang seperti itu jangan PANIK, jangan membunyikan hon.....jangan keluar dari kenderaan, rendahkan lampu kenderaan dan janganlah keluar dari kenderaan anda.
Ok, yang paling penting sentiasalah berdoa kepada Allah semoga kehadiran mamalia daratan yang terbesar di daratan itu tidak menggangu anda....Kehadiran mereka di tepian atau di atas Lebuhraya Timur Barat ini adalah disebabkan mereka adalah sebahagian daripada ekosistem di habitat tersebut.....

Friday, 29 April 2011

Servis Kereta .......Servis Hati

          Setiap hari pasti ada salah dan silap yang kita lakukan. Antara anggota yang mudah melakukan kesilapan adalah LIDAH. Banyak cakap maka pasti banyaklah dosa. Betul tak? Tambah-tambahan kita ni sukalah bercakap benda-benda yang tak elok. Allah dah bagi kita yang normal ni dua telinga dan satu mulut jadi sewajarnyalah kita banyak mendengar dari bercakap. Biasanya apa yang ada di dalam hati itulah yang akan kita tuturkan....kadang-kadang berlakulah slipped tounge.....Pihak yang mendengar kita bercakap terasa hati @ berkecil hati....Erm....minta jauhlah macam tu ya....
          Bercakap boleh bukan tak boleh.... tapi biarlah yang bermanfaat dan berguna. Salah satu yang bermanfaat ialah kita bagi nasihat dan ingat mengingati antara satu sama lain. Tambahan lagi kita ni kalau boleh mengaji Al-Quran tu kenalah tiap-tiap hari (kalau dapat mesti dijadikan rutin harian). Alhamdulillah di sekolah pun tiap-tiap pagi sebelum mulakan kelas budak-budak dan cikgu-cikgu kena mengaji. Itu adalah permulaan yang baik sebelum kita menimba ilmu pengetahuan.
          Kereta baru pun kalau dah bawa tiap-tiap hari rasa tak sedap pulak....hehehe....kete baru..... maka kena masuk tempat servis untuk servis apa yang patut. Itulah ibaratnya, kalau dah guna mulut ni tiap-tiap hari untuk bercakap benda-benda tak elok seperti mengumpat ke...mencela ke....patut-patutlah diservis dengan memberikan nasihat dan peringatan yang berguna untuk orang-orang di sekeliling. Sama-samalah kita berpesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Insyaallah, kebersihan hati seseorang akan terpancar melalui perkataan-perkataan dan tutur katanya yang baik dan sopan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui......

Thursday, 28 April 2011

Tak Mampu Melelapkan Mata.........

Akhir-akhir ini kerap ku lihat kejadian@ musibah berlaku di depan mata..... Kematian @ kehilangan insan-insan tersayang.. inilah fitrah kehidupan, setiap hari ada kelahiran insan baru... hampir setiap hari jugalah aku menerima khabar kehilangan orang-orang lama disekitar kampungku...... saudara-mara ku...... terbaru.... aku dikejutkan dengan teman sekerja yang kematian baby di dalam kandungan....kak syam pula terkena strok...
untuk itu...semalam telah diadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan semua staf di tempat kerjaku terutamanya tuk kak syam...semoga Allah menyembuhkan beliau.........
Kesimpulan yang aku dapat....setiap yang hidup pasti akan pergi......... sepanjang kehidupan kita pula..kita akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian.... Mohonlah kesejahteraan kepada Allah s.w.t kerana DARIPANYA KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA AKAN DIKEMBALIKAN..........
al-fatihah untuk semua insan yang telah pergi meninggalkan kita........

Sunday, 24 April 2011

Tazkirah 1

 Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

Program Motivasi Peperiksaan SPM dan STPM 2011

Tarikh : 28 April 2011 (Hari Khamis)
Masa : 11.00 a.m hingga 2.00 p.m
Tempat : Dewan Munsyi, SMK Seri Nering
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling

Saturday, 23 April 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya saya masih baru di arena penulisan blog ini. Ini kali pertama saya menulis blog. Tujuannya ialah untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini. Saya berharap agar blog ini dapat memberi maklumat dan informasi yang bermanfaat untuk semua. Semoga semua usaha saya ini akan dapat memberi manfaat untuk warga pendidik dan pelajar khususnya yang berada di SMK Seri Nering dan di seluruh negara Malaysia amnya.


Selamat melayari blog ini.