Tuesday, 11 October 2011

Kata-kata Ibu Bapa adalah DOA.....

Seorang bapa meluahkan perasaan kepada rakannya........
"Aku dah patah hati dan kecewa dengan sikap anak aku......, dah beberapa kali aku ke sekolah kerana masalah yang dia timbulkan! aku dah malu! malu! "
Jawab rakannya....."Sabarla Mil, kau kena banyak sabar.... budak-budak biasalah nakal...."
"Aku dah tak boleh sabar lagi Lan... dah lama aku sabar, sekolah dia buat hal....kat kampung pun sama.....di rumah pun sama...!!!!" kata bapa itu lagi.
"Mil, anak-anak itu adalah anugerah dan amanah dari Allah untuk kita, kita kena banyak menyayangi dia, selain itu, bersabar dan banyak-banyaklah berdoa..... jangan putus asa... Insya-Allah Allah akan keluarkan kau dari segala masalah ini..."
"Sabar! Sabar! Sabar!....aku dah penat sabar!...Kau cakap sedaplah...tak kena kat kau..... aku pikir tu bukan anak aku...tapi anak syaitan...!!!!@@@@@"
"Astaghfirullahal'azim........ mengucap Mil,........kalau kau kata anak kau ni anak syaitan....jadi kau ni saper?....."

Monday, 10 October 2011

Tips Untuk Ibu Bapa...

Waspada dengan gadjet anak-anak kita!!!
Ibu, Bapa, Abang, Kakak ...........
Sesekali buat 'spot check' terhadap telefon bimbit dan note book anak-anak anda. Mana tahu tindakan anda membuat spot check akan membuatkan anda mengetahui kegiatan rahsia anak-anak anda selama ini. bukan apa...bukan untuk mengesyaki perkara negatif....tetapi... remaja sekarang ramai yang terlibat dengan menyimpan dan mengedarkan rakaman video lucah. Adakalanya anak-anak ini langsung tidak dapat dijangka dari raut wajahnya yang tidak berdosa.... Bayangkan jika anak-anak kita menonton rakaman yang 'hitam' itu setiap hari...agaknya apa yang akan terjadi kepada pemikiran mereka (peringkat awalnya)...tentu rosak bukan.... apatah lagi jika kita terlalai dan dia akhirnya terjebak dengan perkara-perkara yang merosakkan dirinya (nauzubillah.....)
oleh itu.... Waspadalah para ibu/ bapa/ abang/ kakak..... keprihatinan anda terhadap mereka pada hari ini akan menyelamatkan maruah dan moral anak-anak masa depan....