Hari ini bertempat di Dewan Munsyi SMK Seri Nering telah diadakan Ceramah sempena Isra' dan Mikraj....
pelajar-pelajar begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz ......(ntahla.... namanya disebut kurang jelas). tapi Ustaz ni pernah datang dahh hari tu...
Ceramah yang disampaikan amat menarik perhatian pelajar dan guru, ini kerana setiap pelajar tidak lekang matanya dari melihat Ustaz dan Ustaz ni memang pandai tarik perhatian pelajar dengan corak penyampaian yang lucu. Pelajar dan guru tak kering gusi mendengar ceramah ustaz dan dalam masa yang sama apa yang disampaikannya 'sampai' kepada pelajar...
Buktinya.......selesai ceramah, bila diajukan kuiz...ramai pelajar yang angkat tangan cuba menjawab.,... tahniah atas penganjuran ceramah ini kepada Unit Dakwah SMKSN....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.