Ujian dan kehidupan............
Ianya sinonim dalam kita menjalani kehidupan seharian...... Bergantung pula kepada persepsi kita yang menerima ujian tersebut..... Ada yang menyatakan ia adalah musibah, malapetaka, dugaan @ pelbagai lagi....
Datangnya pula dalam pelbagai bentuk..... mungkin dari saudara mara, pekerjaan, sahabat handai, harta benda, anak2 dan pelbagai lagi......
Menurut ceramah yang disampaikan oleh ustaz, katanya beza malapetaka dengan ujian ialah... malapetaka lebih berbentuk negatif, manakala ujian pula adalah sebaliknya. Apapun apabila perkara2 ini berlaku atau ditimpakan kepada kita... seharusnya kita merenung sejenak, toleh ke belakang apa yang telah kita lakukan atau dengan kata lain kita sama2 bermuhasabah diri. Mengingati kembali apa yang telah kita lakukan, adakah ada sesuatu perlakuan kita yang menyalahi atau dimurkai oleh Yang Maha Esa? Bangunlah solat taubat, semoga Allah mengampuni kita semua.... Dan jika apa yang menimpa anda itu adalah ujian........ bersabarlah..... kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar. Sesungguhnya Allah tidak menimpakan sesuatu yang kita tidak mampu hadapinya....... Hadapilah dengan sabar kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik segala kejadian yang menimpa kita..... Semoga kita menemui Cinta Abadi..........
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.