Ermmmm.....begitu indahnya bahasa di atas... itulah antara intipati yang aku perolehi dari kursus LADAP kelmarin. besarnya pengorbanan seorang guru..... apatah lagi dalam dunia mencabar pada hari ini.... pelbagai isu...pelbagai masalah...pelbagai karenah..... pelbagai ragam yang harus ditempuhi oleh seorang yang bergelar guru.... (sabar jelah..... hanya dengan bersabar kita mampu mendidik dengan ikhlas).
Apa yang disampaikan oleh penceramah yang menarik perhatian saya sangatlah banyak...apatah lagi di kukuhkan dengan terjemahan petikan Al-Quran dan Hadis-hadis Sohih.... tapi apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca adalah soal IKHLAS.......
Ikhlas...sebutnya senang...tapi semuanya terletak di hati...sukar dilihat oleh orang lain...hanya Allah Yang Maha Mengetahui.... apabila ada unsur ikhlas semasa guru mengajar dengan nawaitu kerana Allah... tindakan dan pertuturan kita akan dikawal oleh akal yang waras dalam mendidik anak-anak masa kini. Dalam mendidik jiwa menjadi insan yang ikhlas berniatlah bahawa kita bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah.
Apabila bekerja kerana Allah maka kita akan bekerja dengan ikhlas dan amanah tanpa mengharapkan apa2 ganjaran disebaliknya. Sekiranya lidah terlanjur kata @ terkasar bahasa dengan murid, @ niat kita lari dari landasan asal....(kerana Allah) maka hendaklah kita beristighfar... agar segala kemarahan kita terhadap kenakalan mereka akan segera reda. Apabila kita mampu mengendalikan pelbagai ragam murid, disinilah akan lahirnya semangat untuk bekerja dengan tekun dan cekap serta boleh bertolak ansur atau bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Akhir sekali, bekerjalah dengan bermatlamatkan untuk kebahagiaan sejagat......
Oleh itu...sama-samalah kita mengamalkannya... atau sekurang-kurangnya mengingati perkataan ini sebagai satu cara mendidik jiwa kita agar bersikap begitu (ikhlas) ketika berhadapan dengan pelbagai onak dan ranjau dalam meniti kehidupan sebagai seorang guru.
SELAMAT MENCUBA........
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.